Umum

FES, KAMI DATANG LAGI…

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, rombongan delegasi Pertubuhan Nur al Mustafa di bawah bimbingan al Fadhil Ustaz Hasnul Hakim telah selamat tiba di Jeddah pada 30 Julai 2022.

Tidak beradab rasanya andai diteruskan perjalanan ke Fes tanpa mengerjakan umrah dan singgah menziarahi sang kekasih agung dan ahlul baqi yang mulia. Moga-moga safar ke Fes direstui, dengan berkat dan sirr umrah dan ziarah ini.

Jika sebelum ini safar ke Fes bertujuan untuk menggali ilmu, menyambung sanad, mencari hikmah dan rahsia-rahsia nubuwwah dan ketuhanan, safar kali ini bertujuan melaksanakan janji-janji yang telah termeterai.

Ia safar membina hubungan.
Ia safar menyebarluas risalah Tuhan.
Ia safar membuka jalan dakwah dan kerohanian.

Fes, kami datang lagi.